" kalau kita sakit hati tengok ‘ex’ kita bahagia, bila kita sedih teringat kenangan dengan ‘ex’ kita, jika kita masih berdebar kalau nampak ‘ex’ kita, dan andai kita masih mahu ambil tahu pasal ‘ex’ kita bila terdengar orang sebut namanya…bermakna kita masih belum redha dan moved on :) "
" kebahagiaan itu sentiasa ada di dalam hati. mungkin kita tak jumpa lagi sebab kedudukannya tak betul dan berubah-ubah ; sebab kita cari bahagia pada perkara yang salah ; pada rupa, pada harta, pada penampilan, pada pangkat, dan sebagainya. kita cuma perlu ubah kedudukan dan pencarian itu ; pada cinta, pada keikhlasan, pada pengorbanan, pada ketaqwaan. mungkin nanti kita akan nampak pantulan kebahagiaan itu terpancar :) "
" kadangkala yang terbaik untuk orang lain tak semestinya baik untuk kita. janganlah tengok orang lain gembira berpasangan, kita pun tergedik jugak nak berpasangan. boleh jadi kita tak diberi peluang untuk rasa benda tu, sebab Tuhan mahu kita betul-betul jaga hati dan iman supaya nanti tak la banyak benda kita nak jawab kat akhirat. oh mungkin orang akan mengata kita kalau kita cakap begini begitu, adalah alasan sebab konon-kononnya kita tak hot macam orang lain, konon-kononnya bajet alim. biarkan orang. orang tak tahu apa yang baik untuk orang lain. cuma Tuhan yang tahu apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya. sebab kebahagiaan itu sudah dituliskan Tuhan untuk setiap orang dengan takdir dan jalan cerita yang tersendiri :) "
-
- orang tak tahu apa yang baik untuk orang lain. cuma Tuhan yang tahu apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.